MENGENAI KAMI

Kilang kraf awning terkemuka di Malaysia


Kami membina reputasi berteraskan ketukangan yang luar biasa, dan awning anda adalah bukti kecemerlangan jenama kami

Datsen Malaysia Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1987. Ia adalah pakar awning tersohor di Malaysia dan perintis dalam memodenkan dan mengindahkan awning konvensional supaya lebih sesuai dengan gaya seni bina moden.

Kilang dan gudang kami terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Ia terdiri daripada 4 loji industri ringan berkeluasan 10,000 kaki persegi, yang bersamaan dengan saiz satu padang bola. Terdapat juga sebuah dewan pameran yang menampilkan pelbagai bahan dan awning buatan syarikat kami agar anda dapat merasai dan melihat sendiri awning yang cantik dan mewah.

Datsen Malaysia telah membuka sebuah cawangan baharu di Melaka pada tahun 2022. Jumlah semua pekerja di kedua-dua lokasi ini melebihi 100 orang, dengan purata 7 hingga 10 kumpulan juruteknik melakukan pemasangan awning (KL) setiap hari. Kami mengendalikan projek di seluruh Malaysia, dan menawarkan kualiti produk yang sama serta perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan tanpa mengira saiz projek.

Awning

Kami menawarkan kepelbagaian reka bentuk & bahan berbanding rakan-rakan industri kami
Datsen Malaysia memenuhi sepenuhnya keperluan awning anda


Sebagai pakar dalam pembuatan awning, kami melaksanakan segala projek tanpa mengambil kira awning jenis biasa mahupun mewah. Kami menawarkan perkhidmatan profesional dalam semua aspek projek, daripada pengukuran dan lakaran hinggalah kepada pemasangan akhir dan perkhidmatan selepas jualan.

Kami menawarkan lebih banyak jenis dan reka bentuk awning berbanding perniagaan lain dalam industri ini. Sebagai contoh, kami mengeluarkan awning untuk rumah berkembar, rumah teres, hospital, bangunan bank, kolam renang, rumah pengawal dan sebagainya. Kami hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dengan aneka pilihan bahan dan reka bentuk.

Berdasarkan fakta, banyak tempahan awning Datsen Malaysia diperoleh daripada perkongsian mulut ke mulut oleh pelanggan sedia ada. Ini jelas membuktikan bahawa Datsen Malaysia adalah pakar awning yang boleh dipercayai.

Kami membeli bahan binaan secara terus daripada pengilang
Kos awning yang lebih menjimatkan perbelanjaan anda


Datsen Malaysia bukan merupakan syarikat pemasaran tetapi sebuah pengeluar awning. Dalam erti kata lain, apabila anda melantik syarikat kami untuk menguruskan projek awning anda, anda membayar harga pengilang tanpa manipulasi keuntungan orang tengah, justeru anda berpeluang mendapat awning yang lebih berkualiti pada harga yang lebih rendah.

Susulan oleh Pengurus

Untuk menyediakan perkhidmatan profesional, pasukan yang diketuai oleh pengurus projek ditugaskan untuk membuat susulan projek awning anda secara lengkap & menyeluruh

Kami mempertanggungjawabkan pasukan khas untuk setiap projek yang kami laksanakan. Pasukan ini diketuai oleh seorang pengurus projek yang akan menyelia keseluruhan projek dan membuat susulan dengan teliti dari awal projek hinggalah pemasangan selesai. Pengurus projek juga merupakan ketua projek eksklusif anda.

Selain memberi perkhidmatan kepada anda, pengurus projek juga memantau kualiti dan kemajuan projek untuk anda, contohnya memastikan bahan yang digunakan memenuhi piawaian profesional. Beliau akan memantau kualiti pemasangan di tapak kerja untuk memastikan sesebuah projek memenuhi semua spesifikasi. Lebih penting, beliau akan memastikan bahawa anda berpuas hati dengan setiap kerja yang dilakukan.

Awning yang elegan untuk dekorasi kediaman anda