Keunikan Hasil Buatan

Awning mencerminkan citarasa gaya kehidupan anda

Berteknologi tinggi & Inovatif

Penggunaan eksklusif bahan ACP berkualiti tinggi di Malaysia

Waranti 1 tahun, penggantian 1-dengan-1 tanpa kos pemasangan

D-Pro ACP (Panel Komposit Aluminium) adalah sejenis bahan awning khas berkualiti tinggi yang baharu dan termaju dengan pelbagai pilihan warna, dan digunakan secara eksklusif oleh Datsen Malaysia.

ACP dicirikan oleh sifat-sifat penebat haba dan bunyi yang lebih baik berbanding awning konvensional (contohnya tiada bunyi bising ketika hujan lebat), dan lebih legap serta lebih lasak. Ia tersedia dalam spektrum warna yang sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai warna rumah kediaman. Malah, jangka hayatnya adalah lebih lama berbanding awning konvensional.

Waranti pengeluar lain biasanya hanya meliputi pembaikan bahagian yang bermasalah, tetapi untuk awning ACP, kami menyediakan waranti “penggantian 1-dengan-1” selama setahun tanpa sebarang bayaran pemasangan tambahan.

*Kami sudah menggunakan bahan ACP berkualiti tinggi selama bertahun-tahun lamanya, dan sehingga kini kami tidak pernah menerima permintaan untuk penggantian mana-mana kepingan.

Bahan Berteknologi Tinggi
Awning Smart Glass

Syarikat pertama yang menggunakan kaca kristal cecair lutsinar yang boleh bertukar menjadi gelap dengan serta-merta

Menggandingkan konsep sains fiksyen dengan kepintaran teknologi supaya suasana rumah anda lebih indah dan elegan

Awning Smart Glass yang diperbuat daripada kaca kristal cecair lutsinar adalah jenis awning terkini yang canggih. Dengan hanya satu klik butang, seluruh kepingan kaca lutsinar akan bertukar gelap dengan serta-merta menjadi lapisan bahan tidak lutsinar untuk menghalang cahaya dan haba dengan berkesan, serta menyuntik rasa keterujaan dengan keunikan konsep baharu ini.

Datsen Malaysia adalah syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan bahan kaca kristal cecair lutsinar berteknologi tinggi Smart Glass. Ia bukan sahaja memudahkan kehidupan, malah membawa impak visual kesan khas fiksyen sains yang menambah sentuhan gaya moden dan inovatif pada rumah anda!

D-Pro InLight

Penggunaan teknologi LED yang menukarkan awning anda menjadi panorama indah pada waktu malam

D-Pro InLight (Cahaya Infiniti) menambahkan pencahayaan pada bingkai awning untuk mengubahnya menjadi dekorasi indah pada waktu malam. Dengan memanfaatkan teknologi LED berkualiti tinggi untuk menghiasi awning, kami menjadikan rumah anda lebih indah, mewah dan berprestij!

Di Malaysia, terdapat segelintir sahaja syarikat pengeluar awning yang mampu membina awning mewah melalui proses pembuatan yang sungguh rumit. Datsen Malaysia adalah salah satu daripadanya dan merupakan peneraju dalam teknologi ini.

D-Pro InLight

Skillful use of superb LED technology to present your awning as beautiful lines at night

D-Pro InLight (Infinity Light) involves adding lighting to the awning frame to turn it into a beautiful horizon at night. Using high-quality LED technology to embellish the awning, we can make your home more magnificent, dignified, and prestigious!

There are only a handful of awning companies in Malaysia that can manufacture luxury awnings with such a difficult manufacturing process. Datsen Malaysia is one of them and the leader in this technology.

Kami menawarkan pengukuran dan sebut harga di rumah, dengan pelbagai pilihan sampel untuk anda.

Berita baiknya, semua adalah percuma!