KUALITI
Awning yang elegan untuk dekorasi kediaman anda
Kami mengeluarkan awning berkualiti tinggi yang setara dengan kualiti dan perkhidmatan kami
Biasanya, syarikat lain akan berkemas dan beredar sebaik sahaja selesai memasang awning, namun tidak bagi Datsen Malaysia. Selepas pemasangan, kami akan menjalankan ujian-ujian yang berulang seperti menyembur air pada awning untuk memastikan ia kukuh dan kalis air. Sama seperti kualiti dan perkhidmatan kami yang sentiasa sempurna!


Grafik Komputer
Menguruskan projek pemasangan awning anda secara saintifik & profesional
Setiap sen digunakan untuk memperibadikan reka bentuk awning pilihan anda
Sebelum menyediakan bahan-bahan pembuatan, kami akan terlebih dahulu meminta anda melihat reka bentuk dan struktur keseluruhan awning pada grafik komputer dan lakaran tangan. Selepas pengesahan anda, barulah kami akan meneruskan proses pembuatan dan kimpalan kilang.
Lakaran dan pengukuran yang kami gunakan adalah sangat tepat dan terperinci dengan pengarkiban digital oleh kakitangan mahir, merangkumi aspek reka bentuk, spesifikasi, dimensi, warna dan sebagainya. Proses pengilangan dan pemasangan perlu mengikut pelan arkib ini dengan sepenuhnya bagi memastikan pembuatan dan pembinaan yang lebih profesional.
Kehalusan seni buatan
Kami memaksimumkan reka bentuk awning untuk menampilkan eksterior rumah yang elegan dan mewah
Hasil kerja tangan yang kasar dan tidak cermat pasti mencacatkan tekstur dan keindahan awning. Kami memberi perhatian yang teliti terhadap kehalusan buatan supaya awning juga boleh menjadi dekorasi rumah dengan mencantikkan eksterior kediaman anda.
Sebagai contoh, skru sesetengah awning sengaja dipasang pada lokasi tersembunyi supaya penampilannya kelihatan kemas, manakala semua bahagian yang dikimpal diproses dengan teliti untuk mengelakkan sendi penyambungan yang tidak sedap dipandang. Semua rangka besi disalut dengan 3 lapisan cat supaya permukaan awning lebih rata, cantik dan tahan lama.

Inventori yang Mencukupi
Inventori bahan yang mencukupi & juruteknik yang cekap dan berkemahiran

Setiap kerja disiapkan tepat pada masanya
Datsen Malaysia adalah syarikat yang kukuh dan stabil, dengan bekalan inventori yang mencukupi bagi semua bahan dan alat ganti awning serta tenaga juruteknik mahir yang berpengalaman, untuk memberikan manfaat berikut kepada semua pelanggan kami: